OPPO Menawarkan OPPO Watch Dan OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather Dalam Satu Kotak

Baru-baru ini, OPPO telah mengumumkan OPPO Watch dan edisi OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather yang akan hadir di Malaysia pada 25 September 2020 ini.

Kali ini, OPPO menawarkan Green Vegan Leather Edition gift box iaitu pelanggan akan dapat dua peranti tersebut dalam satu kotak.

OPPO

Jika anda berminat dengan edisi khas ini, anda boleh menonton siaran langsung pelancaran peranti ini di laman rasmi Facebook OPPO Malaysia pada 11.15 pagi 25 September.

Untuk imbas kembali, OPPO watch merupakan jam pintar yang dijalankan Wear OS oleh Google. Ia mempunyai paparan dual-curved 3D dan baterinya mampu bertahan sehingga 21 hari menggunakan power saving atau 16 jam penggunaan dengan sekali cas.

Selain itu, OPPO Find X2 Pro Green Leather ini pula merupakan peranti flagship dari OPPO. Ia dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan hadir dengan paparan skrin AMOLED serta menyokong kadar segar semula 120Hz. Tambahan lagi, ia juga mempunyai pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.