OPPO Menawarkan Rebat Istimewa Khusus Kepada Warga Emas Sempena Sambutan Merdeka Ke-62 Tahun Ini

Warga emas bertuah akan menerima rebat segera sebanyak RM62 terhadap pembelian mana-mana model telefon pintar OPPO.


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62 pada tahun ini, OPPO Malaysia memberikan rebat istimewa kepada 6,200 warga emas yang bertuah di seluruh Malaysia.

Warga emas bertuah yang dimaksudkan ini adalah mereka yang sudah berumur 62 tahun dan ke atas. Mereka yang bertuah ini akan menerima rebat tunai segera sebanyak RM62 bagi pembelian pada semua model telefon pintar OPPO yang terdapat di pasaran ketika ini.

Program jualan istimewa OPPO sempena Hari Merdeka ini sudah pun bermula sejak 1 Ogos 2019 dan akan tamat pada 1 September 2019 nanti (atau selagi stok masih ada).



Rebat RM62 yang ditawarkan pula hanya sah laku ke atas pembelian telefon pintar OPPO yang dibeli di pusat jualan OPPO Concept Store yang berjumlah 130 buah kesemuanya yang terdapat di seluruh Malaysia.

Juga hanya 1 unit telefon pintar OPPO sahaja boleh dibeli untuk setiap pembeli yang layak.

Pembeli perlu menyertakan bersama kad pengenalan mereka bagi pengesahan umur oleh kakitangan OPPO untuk disemak sama ada mereka layak untuk tawaran ini ataupun tidak.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jualan Merdeka OPPO ini, sila layari laman rasmi Facebook OPPO Malaysia.