Oppo Malaysia Beri Gambaran Ketibaan Oppo R17 Tidak Lama Lagi

Oppo Malaysia sebentar tadi telah memberi bayangan bahawa satu lagi model dalam siri Oppo-R akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia berdasarkan satu kiriman yang dibuat di Facebook rasmi mereka.



Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, siri Oppo R17 merupakan satu-satunya model terbaru yang berada di bawah Siri-R ketika ini. Setakat ini tiada sebarang maklumat samada Oppo R17 atau R17 Pro mahupun kedua-duanya sekali yang akan ditawarkan di pasaran tempatan nanti.

Dari segi spesifikasi, Oppo R17 dijangka hadir dengan skrin AMOLED 6.4-inci selain memori sehingga 8GB RAM. Selain itu, ia akan didatangkan dengan imbasan cap jari dari dalam skrin dan pengecasan pantas VOOC dan kamera utama tri-lensa.

Dalam pada itu, Oppo R17 Pro pula dikatakan akan mempunyai spesifikasi luaran yang hampir sama dengan model R17, cuma ia mungkin akan hadir dengan ciri-ciri lain yang sedikit tinggi. Antaranya ialah penggunaan sistem cip dan kamera yang lebih baik.

Oppo-R17-pro-poster Kapsyen: Kredit: Slashleaks


Peranti ini juga mungkin akan menjadi model pertama yang menggunakan pelindungan panel Corning Gorilla Glass 6. Menariknya lagi, siri model R17 ini juga dilaporkan akan mempunyai dua buah bateri berbanding satu yang biasa digunakan.

Menurut sumber, model(salah satu/keduanya) dalam siri ini akan dilengkapi dengan dua sel bateri 1,850mAh sekaligus membolehkan pengecasan yang lebih pantas. Oppo mendakwa peranti ini boleh dicas sehingga 40% dalam masa 10 minit.

Oppo Malaysia berkemungkinan besar akan memperkenalkan telefon ini secara rasmi untuk pasaran tempatan pada bulan ini, namun maklumat lanjut yang boleh diperolehi setakat ini adalah sangat terhad.

 

Sumber: FB Oppo Malaysia