OPPO Malaysia Akan Perkenalkan Sebuah Lagi Model Baru 4 Mei Ini

Walaupun OPPO A91 baru berusia sebulan lebih dipasaran tempatan, OPPO nampaknya tidak sabar-sabar untuk melancarkan sebuah lagi model terbaru iaitu OPPO A92.

Dijadualkan pelancarannya pada 4 Mei hadapan, ia dilakukan secara dalam talian di Facebook OPPO Malaysia dan Astro Go pada jam 11 pagi.

Dari segi spesifikasi, ia belum didedahkan secara terperinci lagi tetapi mungkin membawakan skrin paparan LCD 6.5 inci, Snapdragon 665 serta bateri berkapasiti 5000mAh.

Panel belakang menghidangkan tetapan kuad kamera yang diketuai oleh kamera 48MP, 8MP lebar, 2MP mono dan 2MP potret.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi lain serta harga jualan, sama-sama kita nantikan 4 Mei ini.