Produk Yang Bakal Dikeluarkan OPPO Ini Pasti Akan Menarik Perhatian Mobile Gamers

Bila bercakap tentang jenama OPPO, ia semestinya dikaitkan dengan telefon yang memfokuskan kamera. Namun, baru-baru ini mereka kelihatan bertukar arah.

Ia bermula dengan peranti boleh lipat, meningkatkan teknologi kamera atau paparan dan kini mahu menyertai arena permainan mudah alih (gaming).

Terdapat laporan yang mengatakan mereka sudah mempatenkan alat kawalan untuk telefon pintar.



Selain itu, alat kawalan tersebut tampil dengan slot untuk memudahkan pengguna menyambungkan fon telinga melalui bicu audio 3.5mm.

Jika hendak dibandingkan dengan aksesori yang sedemikian, ia agak sukar untuk memberikan pengguna menyambung fon telinga yang berwayar.

Tambahan lagi, apa yang menariknya, ia juga turut hadir dengan ruang penyimpanan bagi fon telinga itu di bahagian tengah alat kawalannya. Dari segi rekaan, jika dilihat ia seakan rupa bentuk alat kawalan Xbox.

Meskipun begitu, ia masih lagi spekulasi kerana aksesori yang dipatenkan tidak semestinya akan dihasilkan dan dijual buat pasaran.

Sumber: ithome