Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OPPO Lancarkan K7x – Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 720 Serta Paparan 90Hz

Posted on November 4, 2020

OPPO baru sahaja melancarkan peranti kelas pertengahannya iaitu OPPO K7x yang menyokong rangkaian 5G.

Peranti ini dijalankan dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 720, RAM 6GB LPDDR4x dan storan dalaman sebesar 128GB serta tidak menyokong kad memori.

Dilengkapi paparan skrin IPS LCD bersaiz 6.5 inci dengan resolusi 2400×1080 FHD+ serta kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 180Hz.

Rekaan setebal 9.1mm dan berat 194g, ia dimuatkan bateri sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 4.0 30W. Ia menjalankan sistem operasi ColorOS 7.2 berasaskan Android 10.

Bagi kamera pula, 4 lensa terbina pada bahagian belakang – lensa utama 48MP, sudut lebar 8MP, potret 2MP dan makro 2MP. Lensa swafoto pula adalah 16MP.

Tambahan, kamera belakang mampu merakam video sehingga 4K pada kadar 30fps dan video gerakan pelahan 1080p pada kadar 120fps.

OPPO K7x dijual dengan harga 1399 yuan (~RM867) tetapi ia hanya buat pasaran China sahaja setakat ini.

sumber: OPPO China

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress