OPPO Keluarkan Semula Edisi Terhad Barcelona Oppo Reno 10x Zoom Pada Harga Lebih Murah

Pada Julai yang lalu, Oppo Reno 10x zoom edisi terhad Barcelona telah diperkenalkan dan hanya terhad kepada 100 unit sahaja bagi jualan di Malaysia.

Berita baik bagi anda yang tidak sempat untuk mendapatkannya pada penawaran yang lalu, kali ini Oppo mengeluarkan semula edisi berkenaan bersama tawaran harga yang lebih istimewa.

Bersempena pembukaan kedai flagship mereka yang pertama di Malaysia bertempat di Gardens Mall, Oppo ingin meraikan pengguna setianya dengan menawarkan Oppo Reno 10x zoom edisi Barcelona dengan harga istimewa RM3199 (harga sebelum ini RM3999) berserta hadiah yang menarik bernilai sehingga RM1197 (Beg galas Barca, Fon Telinga Enco Q1 dan Powerbank).



Oppo Reno 10x zoom didatangkan dengan 3 kamera belakang 48MP + 13MP + 8MP dan mampu zoom sehingga 60x. Ia turut dikenali dengan kamera hadapannya yang dihadirkan dengan rekaan unik terangkat, iaitu ''sirip jerung''. Peranti ini dilengkapkan dengan fungsi flash depan dan belakang serta pembesar suara stereo.

https://www.youtube.com/watch?v=CDXGsN4-gUg

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan peranti edisi terhad ini di hari pembukaan kedai Oppo flagship pada 30 November 2019 depan, lebih-lebih lagi jika anda peminat peranti OPPO dan kelab bola sepak Barcelona.