OPPO K1 Sudah Rasmi, Ada Sistem Imbasan Cap Jari Dibawah Skrin

Pasaran China kini telah rasmi menerima kedatangan model baru, OPPO K1. Ia ditampilkan dengan ciri imbasan cap jari dibawah skrin paparan AMOLED yang berukuran 6.4 inci.



Dibahagian dalaman, ia menggunapakai Snapdragon 660 ditemani RAM 4GB/6GB dan ruang simpanan sebesar 64GB.

Sistem kamera pula adalah dari gabungan 16MP dan 2MP  sementara kamera selfie mengenakan lensa 25MP. Keupayaan kamera dipertingkatkan dengan teknologi AI untuk mengenalpasti suasana dan latarbelakang.



Dijana dengan bateri 3500mAh, OPPO K1 akan menjalankan Android 8.1 dihiasi antaramuka ColorOS 5.2.

Harga jualan berbeza mengikut variasi RAM; RAM 4GB/64GB 1599 Yuan (~RM 960) dan RAM 6GB/64GB 1799 Yuan (~RM 1080).

Sumber: GSM Arena