OPPO Janjikan Rakaman Video Terbaik Pada Reno 2

Siri Reno yang pertama menjengah pasaran tempatan kira-kira 5 bulan yang lalu dan melaluinya, OPPO mempertaruhkan kemampuan 60x zoom. Kini menerusi siri yang sama, OPPO kembali memperkuatkan bahagian kuad kamera mereka dengan menyasarkan kepada videografi.



Pada keluaran kali ini, pengeluar melengkapkan peranti dengan ciri video Ultra Steady yang membolehkan rakaman aktiviti seperti berlari, berbasikal dan seumpamanya diambil tanpa gegaran.





Selain daripada itu, terdapat juga ciri kesan Bokeh pada video yang akan memfokuskan kepada objak dengan latarbelakan kabur dan ia turut disokong pada kamera hadapan. Menambah kepada penawaran terbaru ini, ciri zoom juga disediakan dengan 5x zoom hybrid dan zoom digital sehingga 20x.



Melihat kepada kebolehan yang diberikan pada OPPO Reno 2, ia sedikit sebanyak meningkatkan keterujaan peminat diluar yang gemar membuat rakaman video menerusi telefon pintar. OPPO Reno 2 dijangka diperkenalkan di tanah air tidak lama lagi dan untuk itu, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari OPPO Malaysia.