OPPO Hadir Dengan Rekaan Paten Pelik, Peranti Dengan Paparan Meluncur

Kebanyakan pembangun hari ini semakin menfokuskan kepada menghasilkan peranti dengan lebih banyak paparan. Antara langkah yang telah diambil ialah mengecilkan bingkai peranti, menggunakan takuk kecil serta pelbagai lagi cara untuk memberikan paparan yang lebih luas kepada pengguna.

Namun, OPPO nampaknya mempunyai perancangan yang lebih unik. Mereka dilihat telah mengeluarkan rekaan paten yang boleh dikatakan antara yang paling pelik setakat ini.

Kapsyen: LetsGoDigital


Menurut lakaran yang didedahkan oleh pihak LetsGoDigital ini, peranti OPPO di masa hadapan mungkin akan hadir dengan paparan meluncur.

Satu daripadanya mungkin menggunakan sistem motorized seperti OPPO Find X manakala satu lagi hadir dengan sistem luncuran ke bahagian sisi.

Bagi sistem yang digunakan peranti kedua berkenaan, ia seakan-akan yang kita dapat lihat pada Nokia 6760 namun bezanya, kedua-dua panel digunakan sebagai skrin paparan.

Kapsyen: Nokia Museum


Walaupun ini hanya rekaan paten, idea ini sangat menarik dan saya secara peribadi mahu melihat peranti sebegini dihasilkan dan dipasarkan secara rasmi.

 

Sumber: LetsGoDigital