OPPO Find X3 Lite Akan Hadir Sebagai Peranti Yang Dijenamakan Daripada Reno5

OPPO dijangka akan melancarkan peranti andalan baharu mereka - Find X3 seawal tahun ini dan maklumat baharu mengatakan ia mungkin akan hadir dengan varian kelas pertengahan iaitu Find X3 Lite.

Menurut @evleaks, Find X3 Lite hanyalah peranti yang dijenamakan semula daripada OPPO Reno5 yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu yang lalu.

Kapsyen: Sumber: Voice


Semestinya, Find X3 Lite akan kehilangan beberapa ciri baharu yang terdapat pada Find X3. Malah, dikatakan rekaan Find X3 Lite adalah sama dengan Reno5 dengan tanpa tulisan "Reno Glow" yang terdapat pada bahagian belakang peranti.

Dalam pada itu, Reno5 5G akan hadir buat pasaran tempatan pada 18 Januari ini. Peranti ini adalah peranti 5G OPPO pertama dengan tanda harga sekitar RM2000.

Sumber: voice