OPPO Find X2 Pro Hadir Dengan Warna Green Vegan Leather - Percuma OPPO Watch Dengan Harga RM5,399

OPPO hari ini baru sahaja melancarkan OPPO Watch. Pada masa yang sama, mereka juga memperkenalkan warna baharu untuk peranti OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather Edition.



Tambahan lagi, peranti edisi terhad ini juga hadir sekali bersama OPPO Watch dengan warna yang sama dalam satu kotak hadiah eksklusif dan dijual pada harga RM 6,097.



Namun, jika anda berminat untuk memiliki koleksi terbaru ini, pra-tempahan dibuka mulai hari ini hingga 2 Oktober dan ia dijual pada harga RM 5,399.

Bagi 50 pelanggan terawal yang membuat pra-tempahan dalam masa tempoh ini, anda juga akan menerima satu tambahan tali jam yang bernilai RM 159.

Untuk imbas kembali, OPPO Find X2 Pro dijana dengan cip Snapdragon 865 serta storan 512GB dan 12GB RAM. Ia hadir dengan paparan 6.7 inci AMOLED. Terdapat tiga lensa pada bahagian belakang dan peranti ini dimuatkan dengan bateri sebesar 4260mAh dengan pengecasan pantas 65W SuperVooc 2.0.