OPPO Find X2 Edisi League of Legends Akan Dilancarkan 19 Oktober Ini

OPPO sebelum ini telah mengacah peranti pintar terbaharu mereka iaitu OPPO Find X2 edisi khas LoL dalam sebuah muzik video bersempena kejohanan League of Legends Esports: World 2020.



Menurut laporan dari Weibo, peranti itu bakal dilancarkan pada 19 Oktober ini. Edisi khas LoL ini akan mempunyai cat yang khusus dan tema eksklusif berdasarkan permainan tersebut serta ditawarkan dengan 8GB RAM dan 256GB storan.



Pada belakang peranti ini, terdapat logo Worlds 2020 iaitu nama pemasaran bagi kejohanan ini yang diadakan di Shanghai, China.

Bagi warna, peranti ini hadir dengan bayangan warna mist-green-blue pada bahagian belakang dan sisi serta warna keemasan pada bahagian atas, bawah dan keliling kamera.

Spesifikasi bagi peranti ini adalah sama dengan Find X2 standard iaitu tiga kamera belakang, cip pemproses Snapdragon 865 dan menggunakan ColorOS 7.



OPPO akan melancarkan peranti ini pada 19 Oktober serta melancarkan Smart TV pertama dari mereka. Sementara, OPPO Watch edisi khas LoL juga akan turut serta dalam pelancaran ini.

Sumber: myfixguide