OPPO Find X2 Bakal Hadir Dengan Edisi Khas League of Legends

OPPO telah mengumumkan menjadi rakan global untuk permainan League of Legends pada tahun lepas. Mereka kali ini sudah sedia dengan acara terbesar bagi permainan tersebut iaitu League of Legends World Championship 2020 yang bertemakan "Be the Legend".



Bersempena dengan kejohanan itu, OPPO akan melancarkan OPPO Find X2 edisi League of Legends Esports: World 2020, OPPO Watch edisi khas League of Legends serta produk IoT yang tidak disebutkan. Kejohanan ini juga akan merangkumi lagu rasmi dan kolaborasi muzik video.

LoL World Championship akan bermula hari ini, 25 September 2020 dan sehingga kini reka bentuk bagi peranti tersebut masih tidak didedahkan.

Namun, dalam satu video berjudul "Take Over", peranti itu diperlihatkan pada minit akhir di mana pemain pro LoL iaitu Faker menggunakannya.



Sebelum ini, OPPO telah menghasilkan banyak peranti edisi khas mereka seperti OPPO F11 Pro Avengers, OPPO Reno4 Pro Galactic Blue dan OPPO Reno Ace Gundam.

Sumber: gsmarena