Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO x LoL

OPPO Find X2 Bakal Hadir Dengan Edisi Khas League of Legends

Diterbitkan September 25, 2020 oleh Amsyar Latif

OPPO telah mengumumkan menjadi rakan global untuk permainan League of Legends pada tahun lepas. Mereka kali ini sudah sedia dengan acara terbesar bagi permainan tersebut iaitu League of Legends World Championship 2020 yang bertemakan “Be the Legend”.

OPPO x LoL

Bersempena dengan kejohanan itu, OPPO akan melancarkan OPPO Find X2 edisi League of Legends Esports: World 2020, OPPO Watch edisi khas League of Legends serta produk IoT yang tidak disebutkan. Kejohanan ini juga akan merangkumi lagu rasmi dan kolaborasi muzik video.

LoL World Championship akan bermula hari ini, 25 September 2020 dan sehingga kini reka bentuk bagi peranti tersebut masih tidak didedahkan.

Namun, dalam satu video berjudul “Take Over”, peranti itu diperlihatkan pada minit akhir di mana pemain pro LoL iaitu Faker menggunakannya.

faker LoL

Sebelum ini, OPPO telah menghasilkan banyak peranti edisi khas mereka seperti OPPO F11 Pro Avengers, OPPO Reno4 Pro Galactic Blue dan OPPO Reno Ace Gundam.

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY