OPPO Find X2 - 6 Sebab Mengapa Anda Perlu Miliki Peranti Ini

Baru sahaja dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia, siri OPPO Find X2 tampil dengan spesifikasi tinggi flagship. Segala teknologi yang digunakan adalah terkini terutamanya paparan, cip pemprosesan, dan juga kamera.



Namun, jika anda mahukan sebab kenapa anda perlu miliki peranti ini, kami akan berikan 5 sebab yang utama.

Skrin Dengan Paparan Cantik


Siri OPPO Find X2 hadir dengan paparan AMOLED tajam yang cantik dengan resolusi Quad HD+. Dengan melihat kandungan di laman YouTube dan juga filem, kualiti media yang dimainkan adalah sangat bagus kerana resolusi paparan yang lebih tinggi dari kebanyakan peranti lain di pasaran. Namun bukan itu sahaja, paparan yang digunakan merupakan panel 120Hz.



Menggunakan peranti akan terasa sangat lancar bak mentega disebabkan kadar segar semula yang tinggi tersebut. Tambahan lagi, pengguna boleh menggunakan resolusi paparan Quad HD+ tersebut pada tetapan 120Hz untuk pengalaman penggunaan peranti yang lebih mengasyikkan.



Skrinnya bersaiz 6.67 inci yang sangat sesuai untuk melihat kandungan multimedia ataupun melakukan kerja-kerja produktiviti. Dengan skrin yang lebih besar, pengguna akan terasa 'sempit' jika menggunakan peranti. Membaca kiriman rakan-rakan di Facebook, ataupun mengikuti kicauan artis di Twitter juga lebih menyeronokkan.

Badan pengiktirafan skrin Displaymate juga turut memuji peranti ini kerana ia mendapat skor A+ sebagai antara peranti dengan skrin yang terbaik dalam pasaran. Selain itu, siri OPPO Find X2 juga turut tersenarai dalam Netflix HD. Ini bermakna pengguna boleh menikmati kandungan dalam format HDR yang merupakan format tertinggi boleh dinikmati di Netflix.

Ditambah lagi dengan musim perintah kawalan berkurung (PKP), sudah tentu kebanyakan pengguna banyak menghabiskan masa dengan peranti pintar. Sama ada menggunakannya untuk menonton kandungan media atau menonton filem, sudah tentu pengguna mahukan paparan yang terbaik untuk menikmati segala jenis kandungan yang ditonton.

Prestasi Cemerlang Untuk Penggunaan Harian


Siri OPPO Find X2 dimuatkan dengan cip pemprosesan terkini Snapdragon 865. Ini merupakan cip berkuasa yang digunakan untuk peranti kelas premium jadi penggunaan seharian akan lancar tiada masalah. Baik dari aspek permainan video, ataupun sekadar menonton video, tidak menjadi beban untuk peranti ini melakukannya.

Image result for oppo find x2 games

Selain itu, ia juga dimuatkan dengan saiz RAM yang besar 12GB. Dengan saiz RAM sebesar ini, pengguna tidak lagi perlu risau untuk menutup aplikasi dan juga tiada ruang untuk membuat tugasan multi-kerja. Tambahan lagi, RAM yang digunakan adalah dari jenis LPDDR5 iaitu teknologi RAM yang terkini digunakan dalam industri peranti pintar.

Bahagian ROM juga sangat mewah, pengguna akan mendapat ruangan storan sehingga 512GB. Terdapat 2 pilihan storan dalaman. Jika anda memilih Find X2, anda akan mendapat 256GB, manakala Find X2 Pro pula lebih besar dengan 512GB. Dalam pasaran peranti pintar sekarang, masih ada lagi jenama yang hanya memuatkan sekadar 128GB storan dalaman. Tetapi dengan siri OPPO Find X2, anda dijamin mendapat paling minimum pun 256GB yang 2x ganda lebih banyak storannya.

Tri-Kamera Dengan Pengiktirafan Professional


Kedua-dua model Find X2 dan Find X2 Pro mempunyai tetapan 3 kamera di belakangnya. Untuk model Pro, ia telah diiktiraf dan diuji oleh badan professional DxOMark sebagai antara kamera terbaik yang pernah diuji mereka.

Spesifikasi kameranya adalah 48MP utama + 13MP Periskop 5x Zum Optikal + 48MP sudut lebar. Bukan sahaja mampu merakam dengan kualiti yang baik, siri OPPO Find X2 juga mempunyai fungsi kamera menarik lain seperti rakaman video stabil Ultra Steady dan juga Night Mode.



Untuk pengguna yang gemar menangkap gambar secara fitrah tanpa pasca pemprosesan pula, anda boleh menggunakan fungsi mod RAW. Dengan siri OPPO Find X2, anda boleh menangkap fail RAW 12 bit yang sudah tentu mempunyai perincian dan butiran yang tinggi.

Pengecasan Super Laju Jimatkan Masa Mengecas


Bateri berkapasiti sehingga 4,260mAh memang kedengaran besar. Mungkin anda fikir bateri besar itu mengambil masa yang lama untuk dicas. Tidak sama sekali. Ini adalah kerana siri OPPO Find X2 dilengkapi dengan teknologi pengecasan SuperVOOC 2.0 Flash Charge berkuasa 65W.

Image result for oppo find x2 supervooc

Dengan sekali cucuk, peranti dapat dicas dari 0% sehingga penuh 100% hanya dalam masa sekitar 30 minit sahaja. Dengan bekalan bateri yang besar itu juga pengguna tidak perlu risau dengan penggunaan seharian. Jika bateri tinggal sedikit, cas sahaja dalam masa 30 minit. Jadi, tidak perlu lagi membazir masa menunggu peranti untuk dicas penuh.

Perlindungan Kalis Air & Habuk IP68 Paling Tinggi Di Pasaran


Bukan semua peranti yang berada di pasaran menyokong fungsi ketahanan kali air dan debu. Dengan siri OPPO Find X2, peranti hadir dengan piawaian ketahanan kalis air dan debu sehingga IP68. Jadi jika hujan turun membasahi peranti pun, pengguna tidak perlu lagi risau kerana sudah ada jaminan perlindungan melalui piawaian yang dibekalkan.



Untuk OPPO Find X2 Pro, pengguna akan mendapat piawaian IP68, manakala untuk OPPO Find X2 biasa, pengguna hanya akan mendapat piawaian IP54.

Sudah Siap Sedia Rangkaian Teknologi 5G


Dengan teknologi rangkaian 5G yang bakal tiba, kita semua memerlukan peranti 5G untuk menggunakannya. Siri OPPO Find X2 telah pun dimuatkan dengan rangkaian 5G jadi pengguna tidak perlu lagi risau untuk memikirkan peranti mana yang boleh digunakan untuk mendapatkan rangkaian 5G tersebut.



Modem 5G yang dimuatkan dalam cip pemprosesan Snapdragon 865 ini mampu menyokong kedua-dua jenis mod 5G iaitu SA dan NSA. Jadi bila sudah tiba masanya nanti syarikat telekomunikasi akan keluarkan pelan 5G mereka, OPPO Find X2 sudah sedia terus digunakan untuk menikmati rangkaian terbaharu ini.

Siri OPPO Find X2 boleh didapati dalam 2 pilihan iaitu Find X2 dan X2 Pro. Untuk Find X2, harga jualan adalah RM3,999. Manakala untuk Find X2 Pro pula, ia berharga RM4,599.

*Artikel ini dibawakan khas oleh OPPO Malaysia

Berkaitan