OPPO Find X Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Pertama kali dipersembahkan kepada umum pada 20 Jun yang lalu di acara yang berlangsung di Paris, OPPO Find X kini akan memasuki pasaran dalam negara.

Satu foto imej dengan logo "X" telah dimuat naik Facebook rasmi OPPO Malaysia dan ia sudah cukup memberi petunjuk bahawa penawaran model berkenaan akan dibuat tidak lama lagi.



Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar yang dilancarkan pada tahun ini, Find X hadir dengan skrin tanpa takuk untuk memberikan paparan luas sehingga 93.8%.

Penggunaan teknologi yang menggunakan konsep periskop membolehkan kamera hadapan dan belakang serta sensor disembunyikan.

Selain ciri kamera tersebut, OPPO turut mempertaruhkan  sistem nyahkunci berasaskan 3D, serta dipersenjatai dengan cip pemprosesan Snapdragon 845. Untuk bacaan lanjut mengenai spesifikasi boleh klik sini.

Sumber