OPPO Find X Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM1699

Antara ciri pada telefon pintar yang mendapat tumpuan ramai tahun ini adalah fungsi kamera yang boleh disembunyikan.

Bezel yang nipis dengan nisbah paparan terbesar saat ini, OPPO Find X didagangkan pada harga RM 3699 untuk pasaran tempatan.



Mungkin ada yang berminat untuk mendapatkan peranti ini tetap terdapat kekangan dari segi harga, OPPO Find X kini boleh dimiliki pada harga serendah RM 1699.

Harga tersebut boleh dinikmati melalui langganan pelan prabayar Digi Postpaid 190.



Tambahan kepada itu, pengguna juga akan diberikan internet roaming di lebih 10 buah negara, internet 100GB dan panggilan suara tanpa had kesemua rangkaian di Malaysia.

OPPO Find X merupakan sebuah peranti yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 845, RAM 8GB dengan storan 256GB serta menjalankan antaramuka ColorOS 5.1.

Untuk maklumat lanjut boleh melawat ke laman rasmi Digi untuk keterangan lebih lanjut.