Oppo F9 Warna Merah Jambu Disenarai Dalam Pensijilan TENAA

Oppo F9 telah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada pertengahan Ogos yang lalu. Ia hadir dengan rekaan skrin waterdrop serta tona warna cerun yang menginspirasikan lopak bunga yang sangat menawan.

Ketika diperkenalkan, Oppo F9 mempunyai tiga pilihan warna yang berbeza iaitu Sunrise Red, Twilight Blue serta Starry Purple. Malah, Oppo kini dilihat telah menyenaraikan satu lagi variasi warna bagi peranti berkenaan iaitu warna merah jambu.

Kredit : TENAA


Melihat daripada imej yang dipaparkan, tiada sebarang perbezaan lain yang ada pada peranti ini berbanding tiga variasi awal yang dilancarkan lebih awal. Selain daripada rekaan warna, ciri-ciri lain seperti kamera dan spesifikasi dalaman juga dijangka sama dengan model Oppo F9 sebelum ini.

Menurut sumber, Oppo F9 berwarna merah jambu ini dilaporkan akan mula dijual di pasaran India pada 31 Ogos ini. Setakat ini, tiada sebarang maklumat berkenaan kemasukan variasi baru ini ke pasaran tempatan. Untuk mengikuti dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti laman rasmi Oppo Malaysia di Facebook.

 

Sumber