OPPO F7, Bukan Sekadar Peranti Selfie Biasa

Semenjak kehadiran iPhone X dengan rekaan takuk atau ‘notch’, kita semua dapat lihat berpusu-pusu peranti Android mengikut jejak langkah yang sama. Kami sendiri sudah beberapa kali menyentuh tentang rekaan takuk di dalam artikel mahupun dalam video segmen ulasan kami sebelum ini. Rekaan ‘takuk’ bukan untuk selera semua orang. Ada yang suka dan ada yang tidak.

Kali ini kami berkesempatan untuk menggunakan OPPO F7, satu lagi peranti yang membawakan rekaan ‘notch’ tren masa kini.

Rekaan Luaran (7.5/10)

Dari segi rekaan luaran, peranti ini dibina dengan paparan skrin LCD berukuran 6.23 inci pada nisbah 19:9. Dari pandangan hadapan, ianya mempamerkan rekaan skrin hampir penuh walaupun terdapat ruang bingkai dibahagian dagu peranti yang pada kami sangat minimal. Dengan resolusi HD penuh dan 405 ketumpatan piksel, kami boleh katakan paparannya adalah memuaskan dari segi ketonjolan warna dan ketajaman.

Di bahagian takuk peranti, OPPO meletakkan sensor proximity dan ambient light bersama dengan kamera selfie 25-Megapiksel, yang seperti mana kita tahu merupakan penyandang utama untuk slogan ‘selfie expert’.

Penel belakang terdapat tetapan satu kamera utama 16-Megapiksel dan pengimbas cap jari di bahagian tengah. Peranti ini mempamerkan rekaan berkilau, nampak premium walaupun sebenarnya ianya dibina dengan platik. Pada kami, ini merupakan satu perubahan ketara berbanding model OPPO F5 dengan rekaan yang lebih petak dengan rangka aluminium dibahagian sisi peranti. Rasa lebih solid.

Antaramuka (7.3/10)

OPPO F7 dijalankan dengan sistem operasi Android Oreo 8.1 bersama Color OS 5.0. Seperti FunTouch OS yang dapat kita lihat pada peranti Vivo, ianya turut dilihat mengetengahkan rekaan mimik iOS. Sejurus pengguna nyah-kunci peranti, tiada App Drawer dan apabila swipe kebahagian kiri, terdapat ruang shortcut dan widget seperti Step Tracker, info cuaca, kalender dan banyak lagi. Anda boleh ubahsuai sendiri widget dan aplikasi mengikut citarasa masing-masing.

Dibahagian home, pengguna boleh swipe dari atas ke bawah untuk notifikasi dan control centre dengan beberapa toggle switch yang anda boleh ubahsuai mengikut kesesuaian. Butang navigasi on-screen di bahagian bawah juga nampak lebih kemas dan minamalis untuk menonjolkan lagi rekaan skrin penuh. Anda boleh ubahsuai di ruangan tetapan. Terdapat beberapa pilihan susunan untuk butang navigasi. Anda boleh memilih untuk swipe dari bawah ke tengah skrin untuk ke multi-window dan swipe di bahagian kiri untuk back button.

Fungsi tambahan seperti Game Acceleration, berfungsi untuk meningkatkan keupayaan perkakasan dalam memberikan prestasi yang lebih terutamanya sewaktu gaming keras. Anda juga boleh menggunakan ciri Split-Screen dengan menggunakan isyarat tangan, swipe tiga jari ke atas untuk penggunaan dwi-skrin. Ciri seperti Clone Apps juga disediakan.

Seperti iOS, Color OS 5.0 turut membawakan fungsi Asisstive Ball yang boleh digerakkan dimana-mana ruang antaramuka peranti ini. Jujurnya, untuk peranti Android, fungsi ini tidak terlalu kritikal dari segi penggunaanya berbanding iPhone.

Ciri lain seperti Smart Call juga antara ciri yang menarik, anda boleh tetapkan beberapa cara untuk menjawab panggilan, contohnya menjawab panggilan secara automatik jika peranti diangkat dan didekatkan pada telinga.

Lagi satu yang menarik perhatian kami adalah ciri Full Screen Multitasking dimana sewaktu Landscape mode, anda boleh membalas mesej tanpa perlu keluar dari Youtube contohnya.  Jika anda swipe di bahagian kiri skrin, akan keluar panel hitam dengan beberapa shortcut seperti WhatsApp, Massage, Don’t Disturb, Screen Record dan Screen Capture. Namun, untuk ciri ini, pengguna tidak mempunyai pilihan dalam mengubahsuai fungsi yang ingin diletakkan.

Spesifikasi Dalaman (7.5/10)

Dari segi spesifikasi, OPPO F7 dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Helio P60. Mungkin ramai mempersoalkan kenapa peranti ini menggunakan cip Mediatek yang sebelum ini dikatakan cip murah dan cepat panas. Tetapi anda tidak boleh terus menghukum cip ini kerana ianya merupakan cip paling baru ditawarkan oleh Mediatek, bagi mereka peluang, dan sebenarnya ramai yang memuji malah Helio P60 juga diangkat sebagai cip terbaik yang pernah dihasilkan Mediatek.

Mediatek Helio P60 hadir dengan binaan 8 teras, 4 teras Cortex A73 untuk prestasi tinggi dan Cortex A53 untuk penggunaan ringan. Kedua-duanya mempunyai kadar kelajuan 2.0 GHz. Manakala untuk grafik pula, ianya menggunakan pemprosesan grafik Mali G72.

Untuk penggunaan media sosial, pada kami ianya sangat lancar dan bebas daripada isu lagging. Jika dilihat pada tanda aras, Helio P60 ini diletakkan sebaris dengan Snapdragon 660. Helio P60 juga dilihat lebih efisyen dari segi penjimatan bateri.

OPPO F7 dimuatkan dengan kapasiti bateri 3,400mAh dan pilihan 4GB RAM/ 64GB ROM dan 6GB RAM/ 128GB ROM. Agak mengecawakan kerana ianya tidak mengetengahkan fungsi pengecasan pantas. Untuk pengecasa, peranti ini masih lagi menggunakan port pengecasan USB-B dan mengambil masa sekitar 2 jam untuk pengecasan penuh, pada kami ianya dikira normal.

Kamera (7.9/10)

Sejak tahun lepas, kebanyakkan pengeluar telefon pintar mengambil pendekatan dwi-kamera, namun OPPO masih lagi mengekalkan rekaan satu kamera utama dengan 16-Megapiksel f/1.8.

Kamera utama OPPO F7 memberikan satu kejutan pada kami. Walaupun dengan hanya satu kamera, ianya mampu menghasilkan gambar yang memuaskan.

Helio P60 turut membawakan sokongan AI yang membantu peranti ini mengekalkan ketajaman melalui trik perisian. Tetapi, kamera OPPO F7 ini mungkin jauh lebih baik jika didatangkan dengan sokongan penstabilan imej.

Contoh gambar ‘low-light’
Contoh gambar ‘low-light’

Seperti iPhone, anda boleh menukar mode dengan swipe ke kiri dan ke kanan. Terdapat beberapa fungsi yang mengingatkan kami kepada iPhone seperti Panorama dan Time-Lapse.

Kamera utamanya juga mampu menghasilkan gambar dengan efek BOKEH tetapi subjek haruslah berada pada jarak 2m.

Hasil gambar tanpa fungsi ‘Depth of Field’ atau BOKEH
Hasil gambar dengan fungsi ‘Depth of Field’ atau BOKEH

Untuk kamera selfie pula, ianya dilengkapi dengan sensor 25-Megapiksel f/2.0. Seperti kata slogan ‘pakar selfie anda’, kamera selfie OPPO F7 menghasilkan gambar yang cantik dan cerah, walaupun hasil nampak kurang perincian di muka, terutamanya jika anda membuka fungsi ‘Beauty Mode’.

Kamera selfie dalam ‘low-light’

Dengan ciri Beauty Mode, anda boleh melaraskan sehingga 6 tahap atau anda boleh sahaja mengaktifkan fungsi AI untuk mengambil selfie.

Hasil gambar selfie tanpa ‘beauty mode’
Hasil gambar dengan ‘beauty mode’

Tetapi pada kami, fungsi kamera selfie itu sendiri adalah untuk mengambil gambar muka pengguna. Jadi secara logiknya, pengguna mahukan gambar muka yang lebih bersih dan cerah untuk dikongsikan di media sosial. Betul ke?

Sistem Nyahkunci (8.7/10)

OPPO F7 membawakan sokongan pengecaman wajah dan pengimbas cap jari untuk nyah-kunci peranti. Fungsi pengecaman wajah dan pengimbas cap jari peranti ini beraksi dengan cemerlang namun pada waktu malam, kami sarankan anda menggunakan pengimbas cap jari kerana fungsi pengecaman wajah dilihat lemah ketika dalam keadaan kurang cahaya.

Keseluruhan (7.8/10)

OPPO F7 dijual pada harga RM1,399 untuk varian 4GB dan storan 64GB manakala RM1,699 untuk varian 6GB dan storan 128GB.

Kami sendiri tidak menjangkakan sesuatu yang tinggi pada peranti OPPO F7 kerana pengalaman kami sebelum ini menggunakan peranti OPPO tidak begitu mengujakan. Namun, OPPO F7 membawakan kelainan dari segi reka bentuk yang yang nampak lebih premium dan prestasi kamera yang mengejutkan walaupun dengan hanya tetapan satu kamera. Malah keupayaan Helio P60 yang mempu menggalas permainan berat seperti PUBG Mobile tanpa masalah juga antara satu perkara yang harus disanjung tinggi.

Dengan mengambil kira dari segi aspek harga, peranti ini berada dalam kelompok yang sama dengan Vivo V9 untuk tahun ini. Oleh kerana rasa tanggungjawab, kami akan keluarkan perbandingan antara OPPO F7 dan Vivo V9 dalam masa terdekat.

 

 

Haikel Areff

Haikel Areff

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408