OPPO F5 6GB Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Dijual Pada Harga RM1698

Satu lagi peranti keluaran OPPO sudah pun rasmi bagi pasaran tempatan iaitu OPPO F5 6GB. Versi ini membawa sedikit perbezaan dari model F5 biasa dimana ia menghadirkan RAM sebesar 6GB dan storan berkapasiti 64GB.

Lain-lain spesifikasi masih sama dimana skrin paparan sebesar 6 inci dengan nisbah paparan 18:9. Telefon pintar ini dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P23 MT 6763T, kamera utama 16MP dan kamera selfie 20MP serta bateri 3200mAh.



Dengan penawaran F5 versi 6GB ini, ia telah menjadikan tiga model F5 berada pasaran Malaysia iaitu...

  1. OPPO F5 versi 6GB - RM 1698

  2. OPPO F5  - RM 1298

  3. OPPO F5 Youth -RM 1098.


Versi Youth menggunakan RAM 3GB dan storan 32GB.

Bagi yang berminat dengan versi 6GB anda boleh pra tempah sekarang dan 1000 pembeli terawal akan menerima hadiah istimewa beserta casing telefon berwarna merah dengan kemasan batu Swarovski.



Sumber: OPPO Malaysia