OPPO F3 Plus Bersama Dwi-Kamera Selfie 8MP dan 16MP

Akhirnya syarikat yang mendakwa mereka sebagai pakar selfie, Oppo memperkenalkan Oppo F3 Plus setelah beberapa spekulasi dan ketirisan gambar di internet. Model kali ini dimampatkan dengan dua kamera selfie untuk mendapatkan gambar 120 darjah wide-angle yang sangat sesuai kepada pengguna yang suka ambil gambar selfie beramai-ramai.

Kamera wide angle selfie yang diambil menggunakan sensor 8MP manakala untuk foto resolusi yang tinggi kamera ini menggunakan sensor 16MP. Untuk kamera utama pula peranti ini menggunakan perkakasan yang sama seperti Oppo R9s iaitu sensor Sony IMX398 bersama aperture yang agak tinggi pada f/1.7. Terdapat juga ciri sokongan autofokus Dual Pixel dan Dual Tone flash LED.

gsmarena_002 (1)

Model F3 Plus ini dilihat mempunyai saiz paparan skrin yang lebih besar dengan 6 inci skrin bersama 2mm ruang bezel di bahagian atas dan bawah. Ianya mempunyai paparan skrin 10880p di lindung oleh Gorilla Glass 5. Baterinya juga boleh tahan dengan 4000mAh memastikan jangka hayat yang panjang.

gsmarena_003

Oppo dilihat masih ketinggalan dari segi spesifikasi dalaman. Yelah, diorang ni fokus kat kamera depan je sebenarnya. Tetapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 653 yang juga mempamerkan 4 teras A53 bersama RAM bersaiz 4GB secara teorinya sudah cukup memadai untuk pengguna menjalankan tugas dengan lancar.

Peranti ini dijalankan dengan sistem operasi Android 6.0 yang juga disetakan bersama sistem operasi terbaru Oppo, Color OS 3.0.Pengunguman rasmi akan dibuat pada 23 March(esok) dan kami akan laporkan spesifikasi penuh bersama model Oppo F3.

Sumber