OPPO F11 Pro Avengers Edition Kini Mendarat Di Malaysia, Harga Jualan RM1,399

Filem yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba untuk tontonan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, OPPO juga telah melancarkan sebuah model khas, OPPO F11 Pro Avengers Edition sebentar tadi.

Perkara yang menarik pada peranti edisi terhad ini ialah ia hadir dengan rekaan luaran yang istimewa bertemakan Avengers.



Panel belakangnya kelihatan lebih menawan dengan hiasan warna biru dan merah ditambah lagi dengan logo Avengers-nya.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan simpanan dalaman yang lebih besar iaitu 128GB, berbanding 64GB bagi edisi biasa.

Ditawarkan dengan harga RM1,399, pembeli akan turut menerima kotak belian istimewa serta kerangka khas bagi setiap pembelian OPPO F11 Pro Avengers Edition ini.



Bagi anda yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi OPPO Malaysia serta kedai-kedai fizikal OPPO berdekatan anda bermula hari ini sehingga 3 Mei.