OPPO F11 Pro Avengers Edisi Terhad Bakal Diperkenalkan Untuk Peminat Tempatan

Bahang kehangatan Avengers: Endgame kian terasa dimana tayangan untuk Malaysia bakal bermula 24 April ini.

Bersempena dengan tayangan filem aksi kegemaran ramai itu, OPPO Malaysia bakal mengumumkan kehadiran OPPO F11 Pro Avengers Edisi Terhad untuk peminat tempatan.



Model edisi terhad ini membawakan spesifikasi sama dengan versi biasa seperti skrin 6.53 inci FHD+, dwi kamera belakang 48MP+5MP, bateri 4000mAh disokong pengecasan pantas VOOC Flash Charge, tetapi tampil dengan kemasan bercirikan filem tersebut.

Tidak dilupakan juga, Wiser.my dan OPPO Malaysia bakal memberikan hadiah menarik kepada peminat OPPO serta Marvel diluar sana dan untuk itu, nantikan pengumuman kami dalam masa terdekat.