OPPO F11 Mula Dipasarkan Secara Eksklusif Di Shopee Pada 16 April Ini

Model terbaru daripada OPPO, F11 Pro telah berjaya menarik minat ramai dengan kualiti yang dimiliki pada kamera serta rupa parasnya yang menawan.

Kini mereka tampil dengan sebuah lagi model siri-F mereka, OPPO F11. Peranti tersebut akan mula dijual di Malaysia pada 16 April ini secara eksklusif di platform beli belah atas talian Shopee.

Walaupun dilancarkan sebagai model asas bagi OPPO F11 Pro, spesifikasi yang ditawarkan oleh peranti ini tidaklah terlalu jauh berbeza.



Ia turut hadir cip Helio P70 yang sama, saiz skrin 6.50-inci malah didatangkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4000mAh dengan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0.

Cuma bezanya, OPPO F11 ini menggunakan rekaan takuk kecil jenis "waterdrop" dan bukannya kamera jenis periskop seperti yang digunapakai pada OPPO F11 Pro.

Bercakap mengenai kamera, peranti ini didatangkan dengan tetapan dwi-kamera utama 48MP + 5MP serta lensa 16MP untuk tangkapan swafoto.

Walaubagaimanapun, OPPO Malaysia masih belum mengumumkan harga jualan rasmi bagi peranti ini. Mungkin kita akan mendengar mengenainya tidak lama lagi.

 

Sumber: OPPO Malaysia