OPPO Enco Free Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

Sekitar seminggu yang lepas, OPPO Malaysia telah menguar-uarkan kedatangan fon telinga tanpa wayar untuk pasaran Malaysia iaitu OPPO Enco Free.

Hari ini secara rasminya mereka mengumumkan mengenai harga dan pangguna sekaligus boleh mendapatkannya di laman rasmi OPPO.

oppo enco free

OPPO Enco Free dilengkapi dengan sokongan Bluetooth 5.0 dan menawarkan ketahanan bateri sehinga 5 jam dengan sekali pengecasan. Oppo turut menyertakan sokongan pembatalan hingar AI Uplink untuk audio panggilan telefon yang lebih jelas.

Selain itu, ia juga boleh memainkan muzik sehingga 25 jam dengan penggunaan bekas simpanan yang menawarkan tenaga bateri tambahan. OPPO Enco Free dihadirkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih. Pengguna boleh dapatkan di atas talian atau pengedar rasmi OPPO dengan tanda harga RM499.