Oppo Enco Free Bakal Dilancarkan Di Malaysia 16 Januari

Hanya sebulan yang lalu, semasa acara OPPO INNO Day, jenama ini telah mengacah sepasang fon telinga tanpa wayar. Perkembangan terbaru mengenainya, OPPO Enco Free yang berjaya menarik perhatian pada acara tersebut akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Januari ini.

OPPO Enco Free mempunyai teknologi yang direka untuk menggabungkan fon telinga dan peranti mudah alih dengan lebih lancar bagi menyampaikan tahap kebebasan tanpa wayar, dan memberikan pengalaman mendengar setiap hari yang terbaik.

OPPO Enco Free

OPPO Enco Free menggunakan pemindahan Binaural simultaneous Bluetooth 5.0 untuk memberikan audio yang lebih terhubung-kait (synchronized). Audio direka semula secara radikal yang disokong oleh pembesar suara ultra-dinamik untuk menyampaikan prestasi audio yang luar biasa.

Fon telinga ini juga menawarkan dwi-mikrofon dan pembatalan hingar AI Uplink yang berfungsi untuk melindungi panggilan daripada bunyi bising.

Untuk memberi pengalaman yang lebih interaktif, pengguna boleh tap dua kali pada kedua-dua sisi untuk menjawab panggilan atau mengawal muzik. OPPO Enco Free adalah cerminan kepada penyelidikan terkini pemodelan fon telinga agar sesuai dengan telinga manusia dengan menggunakan dua pilihan rekaan unik yang berbeza.

Tiada maklumat lanjut mengenai harga OPPO Enco Free yang akan dilancarkan pada 16 Januari ini dan untuk itu, sama-sama kita nantikannya.