OPPO Dan Vivo Dilapor Sedang Hasilkan Telefon Boleh Lipat

Telefon pintar boleh lipat bukanlah sesuatu yang aneh lagi dalam arena gajet masa kini. Tahun 2021 ini mungkin menjadi tahun dimana banyak jenama akan mula menembusi pasaran dengan telefon lipat mereka sendiri.

Selepas pengenalan telefon lipat oleh Samsung, Xiaomi, dan Huawei, Oppo serta Vivo turut komited untuk melancarkan telefon lipat mereka sendiri.

Menurut Android Community, telefon boleh lipat Vivo bakal hadir dengan kadar segar semula tinggi seperti telefon premium lain serta paparan 6.5 inci yang boleh dilebarkan hingga 8 inci.



Seperti sedia maklum, Oppo juga pernah mengeluarkan OPPO X 2021, sebuah rekaan telefon berkonsepkan skrin boleh gulung. Namun, ia hanyalah sebuah prototaip dan Oppo tidak bercadang untuk dikomersialkan.

Pada tahun ini, rekaan dan pembikinan telefon lipat akan menjadi nyata dengan dua peranti telefon lipat Oppo telah pun dalam proses pembikinan. Oppo juga merancang untuk melangkaui jenama lain dalam pasaran China.

Semua telefon nak lipat-lipat sekarang. Adakah pengguna mahukan rekaan seperti ini? Kongsikan pendapat anda.

Sumber: androidcommunity