Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Be A Renographer-min

OPPO Dan Tourism Malaysia Anjur Pertandingan Fotografi Dengan Hadiah Berjumlah RM129,000

Diterbitkan November 18, 2020 oleh Amsyar Latif

OPPO dengan kerjasama Tourism Malaysia hari ini melancarkan pertandingan fotografi – Be A RENOgrapher dengan hadah bernilai sehingga RM129,000.

Be A Renographer-min

Ia bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera dan memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas termasuk pengguna OPPO dan bukan OPPO bermula 18 November hingga 20 Disember 2020.

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan – Clearly Your Best Night, Clearly Your Best Portrait, Clearly Your Best Creativity dan Clearly Your Best Landscape.

kategori dan hashtag
Hashtag Kategori

Untuk menyertai, anda boleh ikuti cara berikut:

  1. Pilih tema. Anda digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema
  2. Guna mana-mana telefon OPPO untuk ambil gambar (aktifkan watermark). Manakala bukan pengguna OPPO perlu tutup watermark jika ada.
  3. Muat naik ke Instagram beserta 3 hashtag – #BeRENOgrapher, model telefon (cth: #OPPOReno4Pro) dan kategori gambar. Pastikan profil Instagram dalam tetapan Public
  4. Hantar URL Instagram anda ke pautan ini
hadiah fotografi oppo
Hadiah Bagi Pemenang

Satu peserta dengan foto terbaik dari setiap kategori akan dipilih sebagai pemenang mingguan. Manakala, pada 23 disember pemenang lain akan diumumkan di laman OPPO Malaysia. Sementara 8 pemenang hadiah utama akan diumumkan pada 2 Januari 2021.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY