Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Ericsson

OPPO Dan Ericsson Jalinkan Kerjasama Lancar Makmal 5G

Diterbitkan November 5, 2019 oleh Haikel Areff

OPPO baru-baru ini mengumumkan pelancaran makmal 5G mereka bersama Ericsson yang merupakan sebuah ruang untuk membantu memperdalamkan lagi kerjasama antara dua syarikat ini.

Melalui makmal baru tersebut, OPPO dan Ericsson juga akan menggalakkan perkongsian antara satu sama lain dalam membantu mengoptimumkan produk 5G dengan memastikan prestasi rangkaian boleh dipercepatkan dan digunakan secara global.

“Kami teruja dapat bekerjasama bersama Ericsson dan inisiatif ini dilaksana untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada pihak Ericsson dalam teknologi rangkaian dan infrastruktur 5G dan ditambah pula dengan pengalaman dan kepakaran OPPO dalam piawaian pembangunan, teknologi, dan produk 5G”, kata Andy Wu, Naib Presiden OPPO.

OPPO Ericsson

Andy Wu turut menambah lagi dengan menyatakan yang mereka akan berusaha dalam kerjasama ini untuk mendepani cabaran dan peluang di hadapan dalam era 5G bagi menyediakan satu rangkaian produk dan pengalaman yang lebih baik buat pengguna di seluruh dunia.

Kedua-dua pihak ini telah pun menandatangani perjanjian lesen paten global untuk mendapatkan kolaborasi yang mendalam dan terperinci dalam era 5G.

Sejak suku ketiga tahun 2018, dua rakan kongsi ini telah menjalankan ujian 5G pada telefon OPPO 5G dengan infrastruktur 5G Ericsson sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempercepatkan ketersediaan komersil produk ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY