OPPO Catat 4,000 Unit Produk Terjual Semasa 9.9 Mega Sale

Baru-baru ini, Lazada dan Shopee mengadakan jualan 9.9 dan OPPO tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam kempen ini.



Semasa jualan promosi satu hari tersebut, OPPO mencatat jualan sebanyak 4,000 unit produk dalam masa 2 jam.

Sebanyak 1 peranti dalam masa 2 saat produk OPPO terjual. Antara produk OPPO yang popular terjual adalah daripada siri A iaitu A91, A31 (6GB+128GB) dan A31 (4GB+64GB).



Selain itu, OPPO juga berjaya menjual aksesori headphone tanpa wayar mereka iaitu OPPO Enco W11 dan OPPO Enco W31. Tambahan lagi, OPPO di antara jenama peranti yang popular di Lazada dan Shopee semasa jualan 9.9.