OPPO Buat Ujian Akses Internet 5G, Mahu Jadi Yang Pertama Keluarkan Telefon Pintar 5G

Sambungan 5G sudah lama dibualkan dan berdasarkan perkhabaran-perkhabaran dari pengeluar telefon pintar, perati dengan sokongan rangkaian 5G bakal muncul bermula tahun hadapan.

Terbaru, OPPO dilaporkan sudah selesai menjalankan ujian akses 5G. Ujian akses ini dilakukan pada peranti 5G pra komersil yang disediakan berdasarkan Oppo R15, disesuaikan dengan komponen 5G bersepadu sepenuhnya termasuk papan sistem, RF, RFFE dan antena.



Menurut naib presiden OPPO Global, Brain Shen, syarikat itu akan memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan 5G secara komersial pada tahun hadapan. Beliau turut menyatakan yang mana OPPO sedang bersiap sedia menjadi pengeluar pertama telefon pintar 5G bagi 2019.

Rancangan untuk membangunkan telefon pintar 5G oleh OPPO pertama kali didedahkan pada acara Qualcomm China Technology and Cooperation Summit. Pada acara tersebut, mereka mengumumkan kerjasama bersama Qualcomm melalui program "5G Pilot".

Dengan kejayaan demonstrasi ujian akses 5G tersebut, ia menunjukkan OPPO selangkah ke depan dalam arena 5G. Mereka juga menyatakan akan terus berusaha meningkatkan lagi pencapaian dan kepakaran dalam teknologi pembuatan telefon pintar.