OPPO Beri Peluang Kepada Peminat Untuk Mereka Cipta Logo/Perkataan 'Reno'

Menjelang perasmian siri baru Reno, pihak Oppo Malaysia menjemput anda semua untuk menyertai  Oppo Reno Creativity Contest.

Pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada anda yang berminat untuk mereka cipta sendiri perkataan 'Reno'.



 

Cara-cara untuk menyertai,

  1. Cipta rekaan nama 'Reno' sekreatif yang mungkin dengan menggunakan pelbagai teknik yang anda suka;

  2. Kirimkan gambar tersebut ke akaun intagram anda bersama #MyRenoMsia #HiOppoReno di ruangan caption.

  3. Pertandingan ini berlangsung sehingga 10 May ini.

  4. Pemenang dan peserta berpeluang untuk memenangi hadiah berupa powerbank, earphone, Neo smartband, tiket wayang dan acara eksklusif Reno Fan Experience.


Kepada yang berminat sila ke pautan ini untuk keterangan lanjut berkenaan Oppo Reno Creativity Contest ini.