OPPO Bekerjasama Dengan Netflix Melalui Siri OPPO Reno3

Siri OPPO Reno3 sudah berada di Malaysia sejak 12 Mei yang lalu dengan ditawarkan dalam dua versi berharga RM 1699 dan RM2399. Bukan sahaja dipersenjatakan dengan tetapan kamera yang bagus, malah peranti ini turut dipasang dengan skrin dari jenis Super AMOLED yang menyajikan paparan terbaik.

Perkembangan terbaharu, OPPO telah mengumumkan kerjasama dengan Netflix bagi siri OPPO Reno3. Sudah dimulakan pada siri OPPO Find, tambah baik audio dan video melalui perisian dan perkakasan turut diberikan pada siri OPPO Reno3.



Siri OPPO Reno3 menerima pensijilan HD Netflix dimana kandungan video HD boleh dinikmati menerusi aplikasi Netflix yang siap terpasang pada model tersebut.

Menurut OPPO, siri Reno3 tampil dengan Super AMOLED yang dinaik taraf dengan bahan bercahaya E3, memberikan tahap kecerahan melebihi E1 dan E2.

Beli siri OPPO Reno3 dari Lazada atau Shopee