OPPO Bangunkan Teknologi Navigasi Dengan Ketepatan Kurang Dari 1 Meter

Navigasi merupakan antara teknologi yang kerap digunakan dalam seharian seperti di Google Maps dan Waze.

OPPO kini telah membangunkan teknologi navigasi kendiri RTK yang lebih tepat. RTK atau Real-time Kinematic mengukur data jarak secara masa nyata.

Melalui RTK dari OPPO, ia mengumpul maklumat berasaskan GPS, menara pemancar, dan juga segala sensor yang terdapat pada telefon pintar.

RTK yang dibangunkan juga dilengkapi algoritma khas yang mengurangkan gangguan dengan peranti lain yang berdekatan untuk mencapai navigasi yang lebih tepat.

Menurut OPPO, ketepatan yang boleh dicapai adalah sehingga kurang dari 1 meter. Buat masa ini, hanya peralatan professional sahaja yang boleh mencapai ketepatan navigasi sebegitu.

Teknologi navigasi RTK OPPO ini dijangka dipasarkan secara komersial bermula tahun hadapan di China. Namun, tidak diketahui sama ada teknologi ini bakal menyapa pengguna di luar China atau tidak.

Sumber: Zhuanlan

Berkaitan