Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno 10x Zoom Perlihatkan Kemampuan 5G Di Malaysia Mencecah 1.2Gbps

Oppo Bakal Melancarkan Peranti Pertama Dengan Rangkaian 5G Dwi-Mod Hujung Tahun Ini

Diterbitkan Oktober 18, 2019 oleh Meor Hasyim

Menjelang 2020, hampir kesemua pengeluar masing-masing telah menyertakan fungsi 5G dalam peranti mereka. Oppo nampaknya ingin kekal berada tahap kompetitif dalam rangkaian 5G dengan rancangan mereka untuk melancarkan peranti pertama di dunia dengan dwi-mod 5G hujung tahun ini.

Diumumkan oleh Henry Tang, Ketua Saintis 5G Oppo ketika Qualcomm 5G Summit di Barcelona, peranti itu bakal menyokong kedua-dua mod 5G iaitu rangkaian standalone (SA) dan juga non-standalone (NSA).

Mod SA ialah rangkaian 5G yang berfungsi sepenuhnya menggunakan infrastruktur 5G, manakala mod NSA ialah rangkaian 5G yang berfungsi dengan bantuan rangkaian LTE/4G sedia ada.

Oppo Bakal Melancarkan Peranti Pertama Dengan Rangkaian 5G Dwi-Mod Hujung Tahun Ini

Objektif utama kewujudan fungsi dwi-mod 5G adalah untuk menyediakan pengalaman yang lebih kondusif dalam peralihan ke rangkaian 5G daripada rangkaian 4G. Oppo sebelum ini telah melancarkan Oppo Reno 5G untuk pasaran Eropah menjadikannya peranti 5G pertama yang tersedia secara komersial di sana.

Dengan teknologi dan inovasi yang dibangunkan oleh syarikat seperti Oppo dalam rangkaian 5G, diharap teknologi 5G ini dapat mencapai fasa matang yang sesuai digunakan oleh pengguna terutamanya di Malaysia.

Sumber: Oppo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY