Oppo Bakal Melancarkan Peranti Dengan Memori 10GB RAM Pertama Di Dunia

Memori atau RAM merupakan salah satu faktor penting dalam memilih telefon pintar yang ingin dibeli. Setakat ini, 8GB RAM merupakan saiz memori terbesar yang melengkapi peranti telefon pintar pada hari ini.

Namun perkara berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi selepas Oppo dijangka akan melancarkan model Oppo Find X dengan memori sebesar 10GB RAM tidak lama lagi.

Perkara ini semakin hampir untuk menjadi kenyataan selepas model tersebut dilhat sudah berada di penyenaraian TENAA.

Sumber : TENAA


Menurut sumber, model ini hanya akan hadir bersama dengan simpanan dalam 256GB, namun ianya merupakan satu perkara yang sudah boleh dijangka.

Selain daripada itu, tiada sebarang perubahan lain yang dibawa oleh Oppo pada model kali ini berbanding keluaran asalnya. Untuk rekod, Oppo Find X hadir dengan kamera utama dan swafoto mekanikal masing-masing dengan lensa 16MP+20MP serta 25MP.



Tambahan lagi, Oppo Find X turut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845, bateri berkapasiti 3,730mAh serta paparan skrin jenis AMOLED 6.42-inci beresolusi FHD+ dengan nisbah paparan 19.5:9.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai harga mahupun pasaran yang akan diterokai oleh Oppo bagi memperdagangkan variasi baru Oppo Find X ini buat masa sekarang. Untuk perkembangan semasa mengenainya, anda boleh ikuti Facebook rasmi Oppo Malaysia atau terus ikuti kami di Wiser.my.

 

Sumber