OPPO Bakal Lancar Siri Reno4 Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Siri OPPO Reno4 telah diumumkan di China pada awal bulan lalu. Ia membawakan dua model Reno4 dan Reno4 Pro. Terbaru, OPPO Malaysia mengesahkan siri Reno4 akan hadir dalam pasaran tempatan tidak lama lagi.

reno4 malaysia

Bagaimanapun, ia berlainan dengan siri Reno4 yang dilancarkan di China tempoh hari. Berbanding tiga lensa, siri Reno4 yang akan diperkenal di Malaysia nanti hadir dengan tetapan empat kamera.

Di China, kedua-dua model ini membawakan spesifikasi cip Snapdragon 765G, rangkaian 5G, dan juga pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W. Berkemungkinan spesifikasi yang ditawarkan di Malaysia juga akan terdapat sedikit perbezaan dari segi cip pemproses dan sebagainya.

Sehingga itu, nantikan pelancaran siri OPPO Reno4 di Malaysia tidak lama lagi.