OPPO Anjurkan Pertandingan 4 Cam 4 Styles, Tawaran Hadiah Menarik

Dalam keterujaan OPPO Malaysia mahu memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka  OPPO A9 2020 tidak lama lagi, pihak OPPO turut menambah berita gembira kepada semua pengguna di Malaysia dengan menganjurkan pertandingan untuk menggalakkan pengguna berkongsi 4 foto unik anda mengikut 4 tema yang berbeza.



Peraduan dalam talian ini berlangsung sepanjang 9 hingga 23 September 2019 dan peserta haruslah berusia 13 tahun ke atas. Panel akan memilih 7 pemenang berdasarkan foto-foto yang kreatif. Menarik bukan? Bagaimana caranya? Sangat mudah!

Hanya perlu ikuti langkah-langkah ini agar anda tidak terlepas peluang keemasan untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik daripada OPPO.

Langkah 1: Peserta dikehendaki menangkap 4 foto berdasarkan 4 tema berbeza yang telah dimuat naik di laman Facebook OPPO Malaysia rasmi.

Langkah 2: Kemudian memuat naik foto-foto tersebut di laman Instagram anda. Pastikan 4 foto dimuat naik di dalam satu post yang sama (format karusel) dan bukan secara berasingan. Jangan lupa untuk menggunakan tanda pagar #OPPOA9_2020 dan #4Cam4Styles.

Langkah 3: Jangan lupa untuk tetapkan akaun sebagai public bagi memudahkan pihak OPPO mencari anda.



Melalui peraduan ini, OPPO menggesa setiap pengguna untuk mengekspresikan imaginasi mereka terutama melalui sudut pandang yang berbeza. Hadiah yang disediakan oleh OPPO adalah seperti Neo Smart Band, OPPO Powerbank dan bermacam lagi. Hantar sebanyak mungkin penyertaan kreatif anda sebelum 23 September 2019. Selamat mencuba!