OPPO A92 Dengan Pilihan Warna Aurora Purple Akan Ditawarkan Bermula 26 Jun

OPPO A92 sebelum ini telah dilancarkan pada awal Mei lalu dengan 3 pilihan warna Aurora Purple, Twilight Black dan Shining White. Versi Aurora Purple walau bagaimanapun tidak dijual lagi ketika itu.



OPPO Malaysia kini telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa varian warna tersebut untuk pasaran tempatan mulai 26 Jun sehingga 10 Julai secara eksklusif di Shopee.



Untuk setiap pembelian, 300 pembeli pertama akan mendapat hadiah percuma:

  • Fon telinga OPPO Enco M31 (RM199)

  • Beg galas (RM199)

  • Waranti tambahan satu tahun (RM99)


Untuk pembeli selepas-selepas itu pula, mereka akan menerima beg galas dan waranti sahaja.

Selain itu, OPPO juga sedang mengadakan jualan pertengahan tahun bermula 22 Jun sehingga 7 Julai. Ketika tempoh ini, OPPO menawarkan diskaun peranti sehingga 30% dan baucar potongan RM100.



Pada masa yang sama juga OPPO akan mengadakan Shopee LIVE setiap hari Isnin, Rabu, dan Jumaat pada pukul 12 tengahari - 1.30 petang. Penonton yang menonton boleh berpeluang mendapat baucar bernilai sehingga RM130.

Imbas kembali, OPPO A92 dijana cip pemprosesan Snapdragon 665, 8GB RAM dan storan 128GB. Paparan peranti adalah FHD 6.5 inci, bateri besar 5,000mAh dan dilengkapi dengan kamera belakang 48MP+8MP+2MP+2MP.

Beli OPPO A92 di
Lazada: https://invol.co/clpj05

 

 

Berkaitan