OPPO A91 Ada Warna Baru, Unicorn White

Mula dipasarkan pada pertengahan Mac yang lalu, OPPO A91 hanya ditawarkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Lightening Black.

Bagi memberikan lebih pilihan kepada peminat model tersebut, OPPO Malaysia mengumumkan warna baharu, Unicorn White. Penawaran warna terbaharu ini bakal dibuat tidak lama lagi. Melaluinya, OPPO tidak mahu memfokuskan hanya pada penawaran spesifikasi tetapi mahu tampil dengan pilihan rekaan yang menarik.



Dari segi spesifikasi, OPPO A91 merupakan siri A pertama yang dilengkapkan dengan skrin AMOLED beresolusi FHD+. Didalamnya terisi dengan cip MediaTek Helio P70 ditemani RAM 8GB serta ruang storan 128GB.

https://www.youtube.com/watch?v=weUeZuHa9po&t=203s

Bagi kelengkapan rakaman foto, ia disediakan dengan kuad kamera 48MP+8MP+2MP+2MP dibahagian belakang sementara tugas rakaman hadapan diberikan kepada kamera 16MP. Dijana bateri 4025mAh, OPPO A91 menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W yang mampu mengisi 50% kuasa bateri dalam hanya 30 minit. Harga jualan yang ditetapkan untuk peranti ini adalah RM999.