OPPO A9 2020- Kuad Kamera 48MP Dan RAM 8GB +128GB ROM Dengan Harga Berbaloi. Ini Sebab Anda Perlu Milikinya

Dahulunya lebih sinonim digunakan golongan wanita, peranti keluaran OPPO kini sudah mula diterima tanpa mengira lapisan pengguna. Perkara ini dapat dibuktikan melalui laporan dari Canalys yang memperlihatkan OPPO kekal sebagai jenama telefon pintar kedua popular dalam pasaran tempatan dan antara jenama peneraju telefon pintar dunia.

Melalui OPPO A9 2020 yang dilancarkan di Malaysia tempoh hari, ia merupakan langkah syarikat dalam mengukuhkan pegangan mereka di rantau ini.



Cuba tanya pemilik OPPO mengapa jenama ini menjadi pilihan, rata-rata pasti menjawab hasil kameranya sudah cukup memuaskan hati mereka. Bagi memberikan lagi penawaran lebih baik buat peminat, OPPO Malaysia kini tampil memperkenalkan OPPO A9 2020, peranti dengan 4 kamera belakang yang bakal dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh.

1. 48MP kuad  kamera: Lebih banyak lensa, lebih banyak gaya rakaman yang ditawarkan

 



Sepanjang tahun 2019 berlangsung, kita sudah melihat sejumlah peranti diperkenalkan dengan tetapan 4 kamera belakang. Sesetengah daripada pengguna memandang tiada gunanya lensa yang banyak namun kualiti gambar tidak seperti yang diharapkan.



Tetapi melalui OPPO A9 2020, tanggapan anda mungkin berubah apabila melihat gambar yang dihasilkan. Berikut merupakan contoh gambar dari OPPO A9 2020.



Kapsyen: Foto dari lensa ultra lebar


Bagaimana? adakah anda berpuas hati? Untuk makluman, OPPO A9 2020 dilengkapkan barisan empat kamera terdiri daripada lensa 48MP sebagai kamera utama, 8MP untuk sudut ultra lebar sehingga 119 darjah, 2MP sebagai bantuan memperelok rakaman potret. Sebuah lagi adalah lensa monokrom yang agak jarang digunapakai peranti masa kini.

Keempat-empatnya bergandingan antara sama lain dalam menawarkan gambar bermutu buat pengguna. Seperti contoh kamera utama 48MP yang mempunyai mod Ultra Night membawakan kejelasan lebih baik pada imej serta teknologi HDR pula menjadikan imej lebih menarik menerusi perincian yang dipertingkatkan. Contoh rakaman dengan mod Ultra Night:



Bagi lensa ultra lebar 8MP, capaian sudut sehingga 119 darjah memberikan keupayaan rakaman yang tidak membataskan pandangan. Sangat berguna ketika mengambil gambar secara berkumpulan mahupun pemandangan yang indah.

Dua lagi lensa 2MP potret dan monokrom disertakan dengan filter  "06 Extreme Back & White" dan  the "07 Black & White Monochrome". Contoh rakaman potret bersama filter:



2. Prestasi berkuasa dibekalkan dari RAM 8GB+128GB ROM

Bagi sistem memori pula, OPPO A9 2020 disediakan dengan RAM 8GB serta ruang storan 128GB untuk menyimpan segala bahan media dan dokumen digital anda. Walaupun 128GB itu dirasakan sudah mencukupi, ruang memori boleh diluaskan lagi menerusi slot kad MikroSD (dwi slot kad sim+1 slot kad MikroSD) sehingga 256GB.



Pasangan memori ini akan ditemani dengan cip pemprosesan Snapdragon 665. Cip kelas pertengahan ini berkemampuan mengoperasikan pelbagai aplikasi yang dibantu bersama sistem antaramuka ColorOS 6.

Buat penggemar permainan mudah alih, ciri Game Boost 2.0 ditawarkn dengan dua teknologi penyelesaian, Frame Boost, bagi mengurangkan isu latensi dan Touch Boost untuk respons lebih pantas daripada skrin paparan.

Membuatkannya lebih menarik adalah harga jualan yang ditetapkan untuk peranti ini, tetapi sebelum itu, mari kita lihat dengan lebih dekat apa yang dipertaruhkan pada OPPO A9 2020.

3. Bateri 5000mAh, tiada masalah menguasakan peranti sepanjang hari.

Kebanyakkan daripada kita banyak menghabiskan masa bersama peranti terutama sekali bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan lain-lain. Belum campur lagi dengan ketagihan anda bermain permainan aplikasi mudah alih, sudah tentu tiada masalah.



Dengan kapasiti bateri 5000mAh yang dimuatkan pada model ini, OPPO menjanjikan satu pengecasan penuh mampu bertahan sehingga 19 jam lamanya. Tiada lagi keperluan mengheret powerbank.

 

4. OPPO A9 2020 sarat diisi dengan ciri-ciri yang tidak menghampakan bakal pemilik



Menyempurnakan lagi spesifikasi yang telah disebutkan diatas, OPPO turut menyertakan dwi pembesar suara stereo dengan sokongan audio Dolby Atmos, peranti pertama dalam segmen ini yang mempunyai sokongan stereo. Pengalaman menonton video atau mendengar alunan muzik kegemaran pastinya lebih mengujakan hanya daripada sebuah telefon pintar.

https://youtu.be/NLxIQhLgedM

Selain itu, kamera OPPO A9 2020 bukan sahaja menyajikan gambar dengan mutunya yang tersendiri, malah rakaman video juga diberikan perhatian. Rakaman video dengan resolusi 4K diperkuatkan lagi dengan teknologi penstabilan imej elektronik (EIS). Rakam saja tanpa perlu mengendahkan masalah goyang kerana hasilnya memuaskan hati.

Beli atau tidak?



Dengan harga bawah RM1200 bersama-sama kelengkapan yang disenaraikan diatas, anda boleh nilaikannya sendiri.



Harga bagi OPPO A9 2020 adalah RM1199. Para pengguna boleh mula membuat pra-pesanan sehingga 27 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.



Bagi yang berminat A9 2020  diberikan dua pilihan warna iaitu  Marine Green serta Space Purple boleh dimiliki dengan pembelian pra tempah bermula hari ini dan tamat pada 27 September.

OPPO Siri A2020 akan dijual bermula 28 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan telekomunikasi telefon pintar iaitu Celcom. Ia juga boleh didapati di Digi, Maxis dan U-Mobile tidak lama lagi.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia.