OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Diperkenalkan, 4 Kamera Dengan Snapdragon 665

Mengembangkan lagi penawaran peranti dengan 4 kamera untuk pasaran tanah air, OPPO Malaysia sebentar tadi telah mengumumkan secara rasmi dua model, OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020.


Bagi barisan siri A kali ini, luaran dan beberapa bahagian berkongsi spesifikasi yang sama tetapi terdapat perbezaan antara keduanya.



 

OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020 tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 6.5 inci bersama resolusi HD+, dikuasakan Snapdragon 665 serta memuatkan bateri berkapasiti 5000mAh.



Mempunyai takuk kecil dibahagian hadapan, ia menempatkan lensa kamera hadapan 16MP (A9 2020) dan 8MP (A5 2020). Sementara itu, panel belakang pula dibarisi dengan 4 lensa 48MP lensa utama + 8MP ultra lebar + 2MP potret + 2MP monokrom bagi model A9 2020. Bagi A5 2020, ia turut dibarisi 4 kamera tetapi lensa utama digantikan dengan 12MP.

Sistem memori pula, A9 2020 dibekalkan RAM 8GB dipadankan denganĀ  128GB storan manakala A5 2020 disediakan dengan RAM 3GB bersama ruang simpanan 64GB.

Harga jualan dan pilihan warna;



  • OPPO A9 2020 - RM1199 ( Marine Green dan Space Purple)

  • OPPO A5 2020 - RM699 (Dazzling White dan Mirror Black)




Pra-tempah sudah bermula sekarang sehingga 27 September dimana jualan sebenar bermula pada 28 September 2019.