Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1_OPPO launches the A74 5G smartphone and Enco Buds exclusively on Shopee at its first regional Super Brand Day Sale

OPPO A74 Dilancarkan Eksklusif Di Shopee Pada Harga RM1099

Diterbitkan April 28, 2021 oleh ariff bukhari

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama platfom e-dagang Shopee dengan pelancaran secara eksklusif model terbaru OPPO A74 5G diplatfom tersebut.

Melalui kerjasama ini juga, OPPO menawarkan A74 hanya pada harga RM999.00 sahaja untuk masa terhad sempena Super Brand Day with Shopee yang akan berlangsung dari 5 Mei hingga 7 Mei 2021.

Selepas dari tarikh itu, A74 akan dijual pada harga RM1099.00.

Selain daripada telefon pintar itu, OPPO juga turut melancarkan aksesori fon telinga terbaru mereka iaitu OPPO Enco Buds, eksklusif di Shopee pada harga RM159.00.

Berbalik kepada A74, telefon terbaru OPPO ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon yang cukup berkuasa menyokong rangkaian 5G pada harga mampu milik.

A74 juga dilengkapi dengan bateri mega berkapasiti 5000mAh, skrin IPS 90Hz bersaiz 6.5 inci, kamera quad 48MP, storan 128GB dengan RAM 6GB serta menyokong pengecasan pantas 18W.

OPPO A74 dan Enco Buds sudah boleh dipra tempah di laman rasmi OPPO Shopee Mall.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY