Oppo A5 Dilancarkan Di China, Hadir Dengan Sokongan AI

Oppo merupakan sebuah syarikat pengeluar yang sering menghasilkan peranti yang menfokuskan kualiti pada kamera swafotonya. Sehubungan dengan itu, baru-baru ini mereka telah melancarkan sebuah peranti yang hadir dengan sokongan kecerdasan buatan(AI) pada kamera hadapan, iaitu Oppo A5.

Peranti ini hadir dengan kamera hadapan 8MP f/2.2 yang didakwa boleh mengesan sehingga 296 ciri-ciri wajah atas sokongan AI. Pada kamera utamanya pula, peranti ini menggabungkan lensa 13MP + 2MP dengan masing-masing mempunyai bukaan aperture f/2.2 dan f/2.4.


Kredit : Oppo


Dari segi dalamannya pula, Oppo A5 dikuasakan dengan sokongan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 450 bersama memori 4GB RAM. Ia juga mempunyai storan dalam 64GB dan turut menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 256GB untuk storan tambahan.

Berkenaan paparan skrinnya pula, peranti ini menggunakan skrin paparan super-view full screen dengan resolusi HD+ serta nisbah aspek pada 19:9. Oppo A5 ini dijana dengan bateri 4,320 mAh yang boleh bertahan sehingga 14 jam, menurut dakwaan Oppo.

Keluaran terbaru Oppo ini akan dijalankan dengan ColorOS 5.1 berlandaskan Android 8.1 Oreo. Ia turut mempunyai sokongan sistem nyahkunci pengesanan wajah, namun tiada sistem pengimbasan cap jari tersedia pada peranti ini.


Kredit : Oppo


Buat masa sekarang, peranti ini cuma diperkenalkan di pasaran China sahaja dan belum dapat diketahui sama ada ia akan dilancarkan secara rasmi bagi pasaran luar atau tidak. Untuk pengetahuan anda, Oppo A5 diumumkan untuk pasaran China pada harga jualan RMB 1,500(~RM 914) dan hadir dengan pilihan warna Mirror Blue serta Mirror Pink.

Sumber