OPPO A3s Versi RAM 3GB Dan Memori 32GB Turun Harga, Kini Bernilai RM599

Ketika pengenalannya kedalam pasaran pada tahun lalu, OPPO A3s versi RAM 3GB dan storan 32GB  diletakkan pada tanda harga RM899.

Bermula Februari, OPPO Malaysia telah memaklumkan bahawa harga jualan versi tersebut telah diturunkan kepada RM599.

OPPO A3S merupakan peranti yang dilengkapi dengan skrin paparan 6.2 inci HD, dwi kamera belakang gabungan lensa 13MP dan 2MP.

Hadir dijana dengan bateri 4230mAh dan ia ditawarkan dengan dua warna pilihan merah serta ungu gelap.