Jika sebelum ini OPPO A31 ditawarkan dengan 128GB, varian yang terbaharu ini adalah bersaiz 64GB. Sehubungan dengan itu, ia dijual dengan harga sedikit rendah iaitu pada RM599 berbanding RM699 pada varian 128GB.
Untuk spesifikasi lain masih lagi sama dengan cip MediaTek Helio P35 dan skrin 6.5 inci HD. Sementara itu terdapat 3 kamera pada bahagian belakang yang memuatkan 12MP lensa utama + 2MP makro + 2MP depth. Manakala kamera swafoto pula adalah 8MP.
Dengan 64GB, ia dipadankan dengan saiz RAM yang sama 4GB. Bateri pula berkapasiti 4,230mAh dan masih lagi menggunakan lubang micro-USB.
OPPO A31 dengan varian 4GB/64GB ini sudah mula dijual bermula hari ini. Anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai konsep OPPO, pengedar sah OPPO, laman rasmi OPPO, dan lain-lain.
Berkaitan
- OPPO A15 Kini Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia - Skrin 6.52 Inci Dan Helio P35 Berharga RM499
- Siri OPPO Reno5 Dilancarkan Di Malaysia Bermula RM1,899 - MediaTek Dimensity 1000+, 90Hz OLED, Kuad Kamera 64MP
- OPPO A53 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh
- Permainan Mudah Alih League of Legends Akan Hadir Pada Peranti OPPO Terlebih Dahulu
- OPPO Mengemaskini Semula Jadual Pelepasan ColorOS 7
- Fon Telinga OPPO Enco W31 Dijual Berharga RM259 - Lebih Mampu Milik Berbanding Enco Free
- Siri OPPO Reno4 Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G, 5G Dan Pengecasan 65W
- OPPO Reno4 SE Kini Ahli Terbaharu Siri Reno4 - Hadir Dengan Dimensity 720 Dan Pengecasan 65W
- OPPO Sendiri Sahkan Pengecasan Pantas Akan Rosakkan Ketahanan Bateri Peranti
- OPPO Reno3 Versi Global Dilancarkan - Cip Helio P90, Swafoto 44MP, Dan Bateri 4,025mAh