Oppo: A.S Adalah Pasaran Telefon Pintar Paling Sukar Di Dunia

Oppo lebih mahu memberikan perhatian mereka terhadap pasaran Eropah dan Jepun buat masa ini.


Oppo, pengeluar telefon pintar popular dari China menyatakan bahawa pasaran telefon pintar A.S tidak menarik minat mereka buat masa ini.

Malah menyatakan "pasaran di A.S sebagai paling sukar di dunia". Ia dinyatakan sendiri oleh Penasihat Presiden dan Presiden Jualan Global Oppo, Alen Wu baru-baru ini.

Kenyataan tersebut adalah merujuk kepada pasaran telefon pintar A.S yang 90% nya dikawal oleh firma penyedia talian komunikasi.

Selain itu, penggunaan teknologi peranti di A.S juga adalah berbeza dari apa yang digunakan pada peranti Oppo. A.S menggunakan gelombang mmWave (millimeter-wave). Sementara barisan peranti Oppo terbaru akan datang tidak menyokong mmWave, hanya Sub6-Ghz.

Jadi, Oppo dalam masa terdekat ini belum bersedia membawa peranti popular mereka memasuki pasaran A.S.

Sebaliknya mereka kini lebih mahu menguasai pasaran telefon pintar di Eropah dan Jepun sebelum memasuki pasaran A.S.

Kapsyen: Kerjasama yang dijalinkan dengan kelab bola sepak Barcelona adalah antara cara pemasaran Oppo bagi menguasai pasaran telefon pintar di Eropah.


Oppo ketika ini merupakan syarikat pengeluar telefon pintar kelima terbesar di dunia di belakang Samsung, Huawei, Appple dan Xiaomi.

Untuk pasaran Asia Tenggara pula, Oppo sudah pun berjaya menguasai pasaran telefon pintar di beberapa buah negara termasuklah Malaysia dan Indonesia.

Di Malaysia, Oppo ketika ini adalah syarikat kedua paling popular selepas Samsung. Sementara Oppo di Indonesia adalah jenama  paling popular dikalangan pengguna telefon pintar.

Sumber: PCMag