Opera Reborn: Pelayar Versi Baru Dengan Bar Sisi WhatsApp, Facebook Messenger, Dan Telegram Dibina Di Dalam

Versi terbaru Opera dipanggil 'Reborn' telah dilancarkan dan dikuhsuskan kepada mereka yang selalu menggunakan aplikasi pesanan di komputer.

Versi terbaru inin menampilkan side bar untuk aplikasi WhatsApp, Facebook Messenger dan Telegram, memudahkan pengguna untuk berkomunikasi terus di komputer tanpa perlu melihat ke telefon mudah alih anda.

Dengan penggunaan aplikasi pesanan yang semakin luas, Opera memberikan pilihan kepada pengguna untuk berkomunikasi dan pada masa yang sama menyelesaikan tugas di skrin paparan.

Selain daripada itu, Opera juga mereka semula antara muka mereka dengan tema yang baru serta lebih tampak fresh.

Mod seperti Dark Mode telah kita nampak di Youtube dan kini Opera juga menawarkan pilihan ini kepada pelayar mereka.

Bagi mereka yang mungkin sudah bosan dengan pelayar-pelayar yang lain, bolehlah mencuba pelayar dari Opera ini.

Sumber