Opera Mini Kini Dengan Ciri Perkongsian Fail Tanpa Talian Internet

Aplikasi pelayar pertama yang memperkenalkan ciri perkongsian tanpa sambungan internet.


Opera mengumumkan versi aplikasi pelayar terbaru mereka, Opera Mini yang menyokong ciri perkongsian fail tanpa sambungan internet.

Opera mendakwa, Opera Mini adalah pelayar pertama yang dilengkapi dengan ciri ini. Opera menerangkan, Opera Mini akan mencipta rangkaian terlindung antara peranti menerusi sambungan Wi-Fi yang mana lebih selamat , stabil dan 200 kali lebih pantas berbanding pemindahan data menerusi sambungan Bluetooth.



Opera menambah, ciri perkongsian fail tanpa sambungan internet ini memberikan manfaat kepada pengguna khususnya dalam penjimatan data dan wang serta memberikan ciri moden dalam keperluan digital seharian pengguna mereka.

Versi terkini aplikasi Opera Mini sudah boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store.

https://www.youtube.com/watch?v=yqiqEqbFiE4